Saturday, 14 November 2009

Pelajaran anak-anak

Saya terfikir bagaimana ibu-bapa selalu mahukan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran dan ingin mereka menuntut di menara gading. Antara pilihan tentulah IPTA dan kemudiannya IPTS kalau tak terpilih ke situ.

Anak-anak yang hanya kelulusan SPM umpamanya dan tidak dapat menyambung pelajaran jadi terpinggir dan kita hanya bangga dengan anak-anak yang berjaya ke menara gading.

Terfikir tak kita, nanti bila kita tua, siapa yang akan menjaga kita. Adakah anak-anak yang berjaya ini atau anak-anak yang kelulusan SPM?.

Sudah tentulah bila mereka berjaya dalam pelajaran dan menjawat jawatan penting, hajat mereka tentulah besar, inginkan rumah yang besar, kereta besar dan hidup mewah seperti Raja.

Hidup pun dah jadi sibuk, "meeting" pun kena buat walau hujung minggu. Jadi nak melawat orang tua pun mungkin terhad.

Anak kelulusan SPM pula cuma kerja di kilang, kerja opis menjadi piun/dispatch dan duduk menumpang di rumah keluarga.

Jadi, sekarang, siapa yang akan jaga kita bila kita dah tua?. Dah tentulah anak-anak yang tinggal dengan kita. Sakit-pening kita mereka juga yang jaga. Jadi bersyukurlah kita, jangan ingat kelulusan setakat Sekolah Menengah anak-anak ini tak berguna. Bila masanya nanti, tahulah kita antara anak-anak ini, mana satu kaca dan mana satu permata...Fikirankanlah...Salam...